Keputusan Hattan bersara dari dunia seni mengejutkan semua

SUNGAI BULOH – Hampir empat dekad berjuang dalam arena muzik, penyanyi Datuk Hattan membuat kejutan apabila mengumumkan mahu bersara pada Jun depan.

Kata pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Shahabudin, 60, keputusan tersebut sudah lama difikirkan apatah lagi impian beraksi sepentas dengan gurunya, Datuk M. Nasir dapat direalisasikan bulan depan.

“Saya akan bersara pada Jun depan, jadi saya punya impian dulu masa mula-mula terbabit dalam industri ini, saya mahu belajar dengan Datuk M (M. Nasir)

“Dan (sekarang) saya akan bersara selepas dapat beraksi dengan Datuk M, itu impian saya dan baru kini dapat beritahu.

“Bulan enam kiranya konsert terakhir, konsert ‘farewell’ ‘(selamat tinggal), tapi tengah bincang,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Sifu & Aku di MyStudio Sungai Buloh di sini, hari ini.

Penyanyi yang terjun ke arus muzik perdana sekitar 1987 itu turut menyatakan persaraan bukan disebabkan merajuk, sebaliknya menegaskan sudah tiba masa untuknya berundur.

Katanya, konsert Sifu & Aku gandingannya dengan M. Nasir di Kota Kinabalu, Sabah pada 3 Februari menjadi persembahan mega kedua terakhirnya selepas satu lagi konsert sekitar pertengahan tahun ini.

“Saya tak merajuk, saya cuma dah penat. Jadi kena berehat dan kalau boleh tak mahu terbabit lagi dalam konsert besar. Setakat menyanyi suka-suka di majlis kenduri, hari jadi bolehlah.

“Saya dah sampai capai apa yang saya nak, dah sepentas dengan ‘sifu’ saya (dan) dah buat konsert saya. Bagilah orang lain pula, nak relaks. Dah bersara, bersaralah,” ujarnya.

Ditanya sama ada mempunyai perancangan berhijrah ke luar negara, katanya perkara tersebut belum difikirkan memandangkan tumpuannya kini adalah konsert di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) nanti.

Berkenaan konsert itu, Hattan yang teruja berkongsi pentas dengan M. Nasir mendedahkan mereka bakal beraksi selama dua jam dengan menyampaikan lebih 20 seleksi popular termasuk lagu duet.

“Kami sudah lama berlatih, malah persediaan menjelang saat akhir ini semakin rancak, begitu juga dengan pasukan belakang tabir. Pasukan logistik juga sudah ada di Kota Kinabalu.

“Bagi saya dan Datuk M, perkara paling utama sekarang adalah menjaga kesihatan untuk memberikan 100 peratus tenaga pada malam kemuncak itu nanti,” katanya.

Tiket bagi menyaksikan konsert anjuran Ochee Purnama Sdn. Bhd. dan HS Shazlicious Trading dengan kerjasama Borneo Excursions dan Angkatan Hebat Group itu kini sudah dijual melebihi 75 peratus.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker