Saya sudah maafkan dia dan doa Tuhan ampunkan dia

Saya sudah maafkan dia dan doa Tuhan ampunkan dia

Bagan Datuk: “Saya terkejut dia tergamak hunus parang ke leher mak sendiri, sebelum ini dia tak pernah agresif sampai tahap begitu,” demikian kata warga emas berusia 72 tahun yang menjadi mangsa peras ugut anak sendiri yang berada di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Kampung Teluk Kompol dekat Hutan Melintang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, suspek berusia 44 tahun terbabit, maut terkena satu das tembakan yang dilepaskan polis ketika menyelamatkan mangsa apabila suspek bertindak menyerang dengan parang.



Mengimbas detik cemas ditempuhnya, mangsa yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata anak lelakinya yang baru sahaja pulang bekerja bertindak agresif mengacu parang di leher mangsa sebaik menyedari kehadiran beberapa pegawai polis di luar kediaman mereka.

“Anak lelaki makcik tanya ‘mak ke yang panggil polis?’, mak cik kata bukan, tak mungkin abang atau kakak dia, takkan adik beradik sanggup buat pada dia begitu.

“Dia kata dia tak mahu masuk ke dalam (penjara), sambil tangannya mula hunus parang ke arah makcik.

“Polis minta anak lelaki istighfar. Makcik tak boleh kata apa, risau jika melawan, parang sudah menanti di leher.



“Lama polis cuba pujuk, kira-kira dua tiga jam sebelum mereka potong pintu jeriji dan masuk ke ruang dalam rumah,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Wanita itu mendakwa, anak lelakinya seorang yang rajin bekerja dan disenangi penduduk kampung kerana suka membantu kerja di ladang sawit dan membuat rumah orang kampung.

Katanya, anaknya mula berubah sikap apabila berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu tanpa pernah menceritakan punca perpisahan kepadanya.

“Dia cuma cakap biarlah dia tinggal dengan saya supaya boleh jaga saya. Dia tak pernah melawan cakap saya, malah rajin memasak dan kemas rumah.



“Bangun sahaja awal pagi terus pergi kerja, tak pernah juga merayap waktu malam kerana memang orangnya tidur awal di rumah,” katanya.

Wanita itu mendakwa, langsung tidak mengetahui sejak bila anak ketujuh daripada lapan beradik itu mengambil bahan terlarang berkenaan.

“Emak mana yang tak sayangkan anak sendiri. Makcik sudah maafkan dia dan makcik doakan Tuhan ampunkan dia,” katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata saringan kencing ketika bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati suspek positif tiga jenis dadah.



“Pihak perubatan mendapati suspek mengambil dadah jenis morfin, ganja dan syabu,” katanya ketika ditemui semasa melawat mangsa di Kampung Teluk Kompol bersama kaunselor Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kakak kepada suspek yang juga tidak mahu namanya dikenali berkata, adik lelakinya itu pernah dibawa ke pusat pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), sebelum dibebaskan sebelum Ramadan lalu.

Menurutnya, dia berasa terkilan kerana adiknya itu pergi buat selamanya, namun reda dengan ketentuan Tuhan. BH

Saya sudah maafkan dia dan doa Tuhan ampunkan dia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan



Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker