Polis beri amaran batal ‘gang bang party’

Polis beri amaran batal ‘gang bang party’

JOHOR BAHRU: Polis Johor membuka kertas siasatan berhubung poster penganjuran parti seks bebas yang didakwa berlangsung bulan depan, seperti tular di Twitter baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 292 (e) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.



Selain itu, beliau berkata, bagi kesalahan penyebaran melalui media sosial, pihaknya akan membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Polis Kontinjen Johor mengesan satu penularan poster melalui media sosial yang mempromosikan pesta seks bebas. Polis memberi amaran keras kepada pihak penganjur supaya acara tersebut tidak diteruskan dan dibatalkan.

“Kita juga akan membuat pemantauan berterusan atas apa-apa juga penganjuran acara yang menyalahi undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Kamarul memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah supaya menyalurkan maklumat ke bilik gerakan polis Johor menerusi talian 07-2212999.



Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan kebimbangan atau menggugat ketenteraman awam.

Selasa lepas, kerajaan negeri memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menganjurkan sebarang program yang boleh mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.

Exco Ehwal Agama negeri Mohd Fared Mohd Khalid turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencegah dan menghalang kegiatan itu daripada berlaku di Johor. FMT

Polis beri amaran batal ‘gang bang party’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan



Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada



Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker