Warga emas maut leher ditikam

BAGAN SERAI – Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kesan tikaman di leher di kediamannya di Kampung Tersusun Simpang Lima di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, polis daerah Kerian telah menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira pukul 6.45 petang semalam.

“Bertindak atas maklumat itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kerian pergi ke lokasi dan menemui mayat seorang wanita berusia 61 tahun terbaring di dalam bilik tidurnya dalam keadaan separuh bogel.

“Terdapat kesan darah pada bantal, tilam dan dinding termasuk kesan luka potong dan luka tikaman pada telinga, leher dan pipi mangsa.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesan lebam juga terdapat di lengan mangsa dan dipercayai berlakunya pergelutan antara mangsa dengan suspek dalam usahanya mempertahankan diri.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek telah memecah masuk rumah mangsa berdasarkan kesan umpil pada tingkap nako dan tiga keping cermin telah ditanggalkan. Pemeriksaan lanjut di dalam rumah mangsa mendapati tiada barang-barang berharga milik mangsa yang hilang,” katanya.

Mohd. Yusri berkata, mayat telah dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan luka tikaman pada bahagian leher. Pihak polis masih mengenal pasti motif kejadian sebenar dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan IPD Kerian ditalian 05-721222

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker