Kes rogol bukan masalah buat bekas bintang Arsenal sertai Villarreal

Kes rogol bukan masalah buat bekas bintang Arsenal sertai Villarreal

Kes rogol bukan masalah buat bekas bintang Arsenal sertai Villarreal
Bekas pemain Arsenal dan pemain antarabangsa Ghana, Thomas Partey, meninggalkan Mahkamah Majistret Westminster di London pada 5 Ogos 2025 selepas dibebaskan dengan jaminan bersyarat selepas hadir ke mahkamah atas pertuduhan rogol dan serangan seksual. – Foto AFP

Madrid: Bekas pemain tengah Arsenal, Thomas Partey sah menyertai kelab La Liga, Villarreal, meskipun sedang berdepan lima pertuduhan rogol di England.

Pemain antarabangsa Ghana berusia 32 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat oleh Mahkamah London pada 5 Ogos lalu selepas didakwa atas lima pertuduhan rogol terhadap dua wanita serta satu pertuduhan serangan seksual terhadap wanita ketiga.

Kesemua kejadian itu didakwa berlaku antara tahun 2021 hingga 2022 ketika Partey masih bersama Arsenal.

Pemain itu didakwa secara rasmi pada 4 Julai lalu, hanya empat hari selepas kontraknya bersama The Gunners tamat pada penghujung Jun.

“Pemain menafikan semua tuduhan yang dikenakan ke atasnya dan menegaskan dia tidak bersalah.

Partey dijadualkan hadir ke Mahkamah Old Bailey, London pada 2 September depan untuk perbicaraan seterusnya.

Untuk rekod, Partey menyertai Arsenal dari Atletico Madrid pada Oktober 2020 dengan nilai perpindahan £45 juta (RM270 juta).

Musim lalu, beliau membuat 52 penampilan bersama Arsenal dan menjaringkan empat gol. Sepanjang bersama kelab London itu, Partey beraksi sebanyak 167 kali dan menjaringkan sembilan gol.

Dia juga sudah mewakili skuad kebangsaan Ghana sebanyak 51 kali setakat ini.

Villarreal menamatkan saingan La Liga musim lalu di kedudukan kelima sekali gus layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Kes rogol bukan masalah buat bekas bintang Arsenal sertai Villarreal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker