Nazim cium penjuru Kaabah peminat jadi sebak

MENJEJAKKAN kaki ke Tanah Suci Mekah sememangnya impian besar semua umat Islam di dunia, tidak kiralah menunaikan ibadah haji atau umrah.

Peluang tersebut yang diraih pelakon Nazim Othman baru-baru ini. ‘Tenang lubuk jiwa’ sangat Diva tengok wajah Nazim sepanjang berada di sana.

Kegembiraan dan ketenangan tersebut memang terserlah. Iyalah, siapa yang tidak gembira apabila menjadi tetamu Allah SWT



Dalam banyak-banyak momen dikongsinya, ‘babak’ Nazim mencium penjuru Yamani iaitu bahagian batu asal Kaabah sangat mencuri perhatian ramai.

Disebabkan momen itu, rata-rata peminat muka secara berjemaah menzahirkan rasa sebak dan menyifatkan Nazim antara insan bertuah kerana berpeluang merasai nikmat tersebut.

“Ketika dia cium kemudian tersenyum itu memang sebak. Berkali-kali menonton video ini dan harap Tuhan permudahkan urusan jodoh untuk awak,” komen netizen.

“Bertuahnya awak dapat kucup rukun Yamani iaitu salah satu tempat mustajab berdoa,” kata seorang pengikut TikToknya pula.



Apa pun, usaha juruvideo yang pantas merakam momen bertuah itu juga harus dipuji ya.

Semoga kita semua dapatlah jejakkan kaki ke sana dan merasai momen istimewa sama seperti Nazim.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker