Wadi Annuar akan hadir proses siasatan JAIPs
Wadi Annuar akan hadir proses siasatan JAIPs
Pendakwah terkenal, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub akan menghadiri proses siasatan dengan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) pada 2 Mei ini seperti yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak.
Perkara itu dinyatakan peguam kepada pendakwah berkenaan, Mohd Jamil Yaacob daripada firma Tetuan Srihana Mohamad dan Partners bahawa anak guamnya akan hadir di pejabat JAIPs pada tarikh itu.
“Insya-Allah, setakat ini, kedua-dua pihak bersetuju pada tarikh 2 Mei dan ia akan berlangsung seperti yang dipersetujui melainkan sekiranya ada keuzuran tertentu kelak.
“Anak guam kami akan hadir bersama dengan peguam beserta penganjur di pejabat Jaips seperti yang diminta oleh jabatan agama berkenaan untuk memenuhi prosedur siasatan yang sedang berlangsung,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Mohd Jamil berkata, sebelum ini, Jaips meminta pendakwah berkenaan untuk hadir pada 17 April namun anak guamnya tidak berkelapangan pada waktu berkenaan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
“Permohonan penangguhan itu sudah dibuat dan anak guam kami serta pihak JAIPs melalui Pengarahnya (Najmuddin Abd Karim) bersetuju tarikh 17 April dilapangkan dan tarikh baru ditetapkan pada tarikh 2 Mei untuk proses siasatan.
“Menyentuh isu penangguhan pada 17 April yang lalu, anak guam kami baru saja balik dari Turkiye serta Syria untuk misi bantuan kemanusiaan akibat bencana di dua negara berkenaan.
“Beliau pergi untuk misi berkenaan bersama Ustaz Mohammad Nazmi Karim mengikuti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia Society memasuki kedua-dua negara yang teruk dilanda bencana selain daripada cuaca yang tidak menentu.
“Anak guam kami terkandas di lapangan terbang Turkiye kerana cuaca buruk serta keletihan akibat penerbangan panjang (jetlag) . Pada masa sama, tarikh berkenaan (17 April) adalah sangat hampir dengan Hari Raya Aidilfitri yang mana anakguam perlu untuk melakukan persiapan bagi meraikan anak-anak tahfiz di maahad milik anak guam,” katanya.
Beliau menegaskan tidak pernah pada mana-mana masa anak guam mengelak untuk bertemu.
Katanya, pihaknya juga menafikan Jaips ada menghubungi anak guamnya dan memberikan beberapa tarikh.
“Setakat pengetahuan kami, Ustaz Wadi hanya melantik firma kami sebagai wakil beliau untuk urusan ini berkenaan dengan permohonan penangguhan.
“Tiada pihak lain terbabit. Sekiranya ada pihak lain mengatakan sebagai wakil itu bukan urusan kami.
“Anak guam kami juga tidak pernah mempersenda titah Tuanku Raja Perlis kerana beliau pergi untuk sembang santai dan bukannya ceramah agama atau pengajaran agama,” katanya.
Sebelum ini, pendakwah itu beberapa kali diminta untuk hadir ke pejabat Jaips untuk diambil keterangan mengenai program pada akhir bulan lalu yang berlangsung tanpa tauliah.
JAIPs turut membuat laporan polis selepas penguat kuasanya dihalang penganjur daripada bertemu Wadi Annuar untuk mendapatkan keterangan.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini turut menegur pendakwah itu yang didakwa seperti mempersendakan peraturan serta titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengenai keperluan untuk mendapatkan tauliah terlebih dulu sebelum mengajar agama di negeri itu atau terbabit program keagamaan. HM
Wadi Annuar akan hadir proses siasatan JAIPs
Baca Artikel Menarik:
- Noor Hisham bersara wajib
- Sivakumar disoal siasat SPRM kali kedua
- View Chin belum selamat, Ah Moi akan ambil tindakan undang-undang
- Uqasha pasang bodyguard jaga keselamatan
- Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai
- Seorang Lagi Bekas Staf View Chin Dedah Perangai Buruk Mira
- Ini sebab mengapa Angkatan Tentera Malaysia jadi sebutan di Turkiye
- Luahan hati View Chin
- Batik Air tuntut AirAsia Super App padam produk dijual dalam aplikasi
- Lebih lebih 5 jam kena sidai di Lebuhraya Karak, rupanya ini sebenar yang berlaku
- Mangsa bunuh sempat hantar mesej beritahu dalam bahaya
- Pasu pecah hanya ‘prank’, Aliff Syukri terus dikecam
- Mentua setuju tuntutan saya – Puteri Sarah
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah