Tiada lagi raya terkejut, Aidilfitri sah Sabtu ini

Umat ​​Islam di Malaysia akan menyambut hari Raya Aidilfitri pada lusa (Sabtu 22 April 2023).

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” ujarnya.



Pengumuman tarikh 1 Syawal itu dibuat menerusi siaran di televisyen.

Umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 23 Mac lalu.

Aktiviti cerapan anak bulan dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan atau Rukyah yang dipengerusikan oleh Mufti setiap negeri.

Ahli jawatankuasa tersebut terdiri daripada pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).



Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu, mengumumkan kerajaan persekutuan telah mengisytiharkan sama ada hari Jumaat (21 April) atau Isnin (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker