Lebih lebih 5 jam kena sidai di Lebuhraya Karak, rupanya ini sebenar yang berlaku
Lebih lebih 5 jam kena sidai di Lebuhraya Karak, rupanya ini sebenar yang berlaku
Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan terperangkap dalam kesesakan lebih lima jam ekoran kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilakukan bermula pagi semalam.
Laluan tersebut mengalami kesesakan teruk bermula dari Plaza Tol Gombak, Selangor menghala ke Bentong, Pahang.
Menerusi kenyataan di laman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), kesesakan itu berlaku dari Kilometer (Km) 20.2 sehingga Km 31.8.
“Pantai Timur 1 (LPT 1) trafik lancar sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala,” kata kenyataan
itu di sini semalam.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna KLK meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengendali laluan tersebut ekoran kesesakan yang berlaku, memandangkan kebanyakan pengguna mula bergerak pulang ke kampung di Pantai Timur sejak semalam.
Baca Artikel Menarik:
- Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami
- Kamal sekarang dah lain – Uqasha
- Bekas staf dedah Mira suka ‘racun’ bos, View Chin pula suka sembang lucah
Hak Najib mohon Pengampunan DiRaja bila dinafikan perbicaraan yang adil
Seorang pengguna mempersoalkan tidakkah penyelenggaraan boleh dilakukan pada hari lain dan bukannya ketika orang ramai mula membuat perjalanan pulang ke kampung.
“Time (masa) nak raya baru nak selenggara jalan, bertabahlah perantau-perantau semua,” tulis Hakim Zakaria
Seorang peniaga, Liyana Ghani, 30, yang bertolak dari Johor Bahru pada pukul 10 malam berkata, suaminya terpaksa memberhentikan kereta beberapa kali di tepi jalan ekoran minyak kenderaan yang hampir habis.
“Kami nak balik beraya di Gua Musang. Lama sangat hadap sesak sampai minyak pun nak habis. Risau kalau kereta mati tengah jalan dengan empat orang anak yang masih kecil.
“Kami terpaksa lalu di jalan kecemasan dan berhenti beberapa kali untuk jimatkan minyak bagi memastikan sampai ke stesen minyak berhampiran.
Baca Artikel Menarik:
- Tol percuma 4 hari sempena Aidilfitri
- Sebab Syamsul tak lafaz cerai hari ini
- Syamsul, Sarah tak jadi cerai
“Bayangkan kami sampai pada pukul 12.30 tengah hari. Memang risau, tambahan kami nampak ada kereta tersadai tepi jalan mungkin sebab enjin dah panas sangat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Seorang pengguna lain, Nik Muhd. Shafiq, 26, berkata, walaupun jumlah kenderaan agak banyak tetapi kesesakan sedemikian tidak seharusnya berlaku.
Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, semua kerja penyelenggaraan jalan raya di seluruh negara ditangguhkan bagi memudahkan perjalanan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing berkuat kuasa semalam.
Katanya, ia mendapat persetujuan konsesi lebuh raya selama 20 hari bermula semalam sehingga 7 Mei depan.
Baca Artikel Menarik:
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
- Muda tidak beri “nilai tambah” kepada PH – Pemuda PKR
- Cuti umum tambahan perayaan Aidifitri
Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ah Moi dakwa View Chin merayu nak berbaik semula
- Remaja trauma diliwat pelajar senior
- Pukul, campak tukang cuci ke sungai
- ‘Kahwin paksa’ Umno-PH boleh bertahan – Dr Akmal
- Kena ambik watak penyondol yang alim, acah-acah suci – Michael Ang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.