Kaki ponteng puasa yang paksa saya masak untuk mereka
Kaki ponteng puasa yang paksa saya masak untuk mereka
Kota Bharu: Alasan ‘terpaksa’ menjual nasi kepada kaki ponteng puasa digunakan seorang peniaga di Kampung Badak Mati, Pauh Lima, di sini.
Wanita berusia 49 tahun itu berkata, dia yang berniaga lauk pauk di bulan puasa kerap diminta menjual nasi oleh penduduk sekitar yang tidak berpuasa.
Dia yang berniaga bersama anak perempuannya yang berusia sekitar 20-an berkata, dia hanya berurusniaga dengan penduduk kampung dan orang yang sudah biasa dengannya saja bagi mengelakkan kegiatan itu terbongkar.
“Biasanya pembeli akan menghubungi saya terlebih dulu untuk memesan jumlah bungkusan nasi yang ingin bersama teh o ais.
“Nasi berlaukkan ayam pedas dan gulai bersama teh o ais itu akan disimpan dalam bekas sebelum seorang demi seorang datang mengambilnya.
“Untuk Ramadan memang saya memasak pelbagai lauk pauk untuk dijual di bazar dan sebab itulah mereka yang ponteng puasa meminta saya turut menjual nasi bungkus,” katanya ketika ditemui di kedai makannya di sini, hari ini.
Wanita itu berkata, dia menyediakan sekitar 20 hingga 30 bungkus nasi berlauk setiap hari dengan harga RM4 sebungkus dan pelanggan tetapnya terdiri daripada penganggur dan buruh.
Peniaga itu antara pemilik premis makanan yang dikenakan kompaun oleh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK-PI) dalam Operasi Bersepadu Banteras Geng Ponteng Puasa di sekitar Ketereh di sini, hari ini.
Dia dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019 membabitkan empat kesalahan iaitu kebersihan premis, kesihatan, aurat dan berniaga di waktu larangan.
Operasi itu turut membabitkan pegawai Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK) dan beberapa lokasi yang mendapat aduan daripada orang ramai diperiksa antaranya Kampung Kubang Kiat, Salor, Aril, Peringat dan Pauh Lima.
Sementara itu, Setiausaha MDK-PI, Mohd Azman Ghazali berkata, operasi hari ini yang pertama dijalankan untuk Ramadan dan lokasi serbuan adalah berdasarkan aduan orang ramai.
“Serbuan dibuat di enam lokasi dan hasilnya, tujuh kompaun dikeluarkan di bawah UUK Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019 dan UUK Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019,” katanya. HM
Kaki ponteng puasa yang paksa saya masak untuk mereka
Baca Artikel Menarik:
- Bank Rakyat umum dividen 15 peratus
- Sah Rauf Ketua Menteri Melaka
- ‘Awat jadi lagu tu’, Sanusi dakwa majlis buka puasa anak Kedah ‘diganggu’
- Afiq Muiz Gantung Isteri Tak Bertali Sejak 2021 – Peguam
- Ummi Nazeera Teruk ‘Dibelasah’ (Video)
- Hafidz sudah ke Hospital Bahagia
- Peniaga ikan buntal boleh dipenjara 5 tahun
- Puteri Sarah Gelak Besar Netizen Kata Syamsul Yusof ‘Sponsor’ RM1 Juta Cuti Di Tokyo [VIDEO]
- Lelaki dera, bakar anjing
- Tular anggota disyaki ambil suapan, polis jalankan siasatan
- 4 beradik maut selepas berbuka puasa, rumah didiami terbakar
- Pujuk tak mahu, rujuk pun tak mahu, wanita akhirnya kena tetak
- Netizen Syak Cinta Ameera Khan Dengan Jefri Nichol Kembali Terjalin?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Athira Yuhada saman Nurul Shuhada
You must be logged in to post a comment.