Nahas 4 lori di Machap, 1 maut, 2 parah

Nahas 4 lori di Machap, 1 maut, 2 parah
Kemalangan membabitkan empat lori di Kilometer 73.3 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) dekat Machap, pagi tadi. – Foto ihsan bomba

KLUANG: Seorang maut, manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan empat lori di Kilometer 73.3 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) dekat Machap, pagi tadi.

Nahas berlaku kira-kira jam 11.15 bagi dengan mangsa yang maut disahkan sebagai pemandu lori berusia 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kejadian berlaku apabila lori dipandu mangsa dari arah Johor Bahru menuju Kuala Lumpur merempuh belakang sebuah lori lain kerana tidak sempat berhenti ketika kesesakan.

“Lori dirempuh kenderaan mangsa kemudian bergerak dan melanggar belakang sebuah lagi lori di hadapan. Lori itu juga turut merempuh lori jenis sama di hadapannya.

“Mereka dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RCI TH: Ahmad Zahid Seru Cari Kebenaran, Henti Polemik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker