Lelaki ditemukan maut dalam kereta berkunci depan kedai serbaneka

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta yang terkunci di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Alam Suria, Bandar Puncak Alam, di sini hari ini.
Berdasarkan maklumat, mangsa dikenali sebagai Azman Ahmad, 56.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata empat anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 11.30 pagi.
“Sebaik tiba, pintu kereta sudah pun dibuka orang awam.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam,” katanya melalui kenyataan.
Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Baiki Sistem, Kukuhkan Tabung Haji – Mohd Isam
- RCI TH: Rekod BNM Jelas, Penerangan Menteri Berbeza – Naim Moktar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.