Tragedi 5 sekawan mandi sungai, 2 dikhuatiri lemas

Tragedi 5 sekawan mandi sungai, 2 dikhuatiri lemas
Anggota bomba melakukan pencarian dua remaja yang yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga rakan di sungai berhampiran Kampung Batu Mengkebang. – Foto ihsan JBPM

KUALA KRAI: Kegembiraan lima sekawan mandi di sungai berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri, di sini, petang tadi bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas.

Mangsa dikhuatiri lemas ialah Mohd Rayyan Hakimi dan Luth Naiman Mohd Noraziron masing-masing berusia 14 tahun.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Muhammad Aiman Aminuddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.39 petang.

Katanya, tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan melakukan pencarian di permukaan sungai, namun operasi terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Operasi akan disambung esok,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RCI TH: Ahmad Zahid Seru Cari Kebenaran, Henti Polemik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker