3 sekeluarga diselamatkan dalam kebakaran 5 rumah

BUKIT MERTAJAM: Tiga sekeluarga seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun diselamatkan daripada kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Tanah Liat, di sini, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.32 tengah hari sebelum anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Bandar Perda, Penanti, Bukit Mertajam dan Jalan Perak digerakkan ke lokasi.
“Kebakaran membabitkan lima rumah dengan anggaran peratusan kemusnahan antara lima hingga 85 peratus, selain turut melibatkan sebuah motosikal.
“Terdapat tiga mangsa terdiri seorang lelaki warga emas berusia 82 tahun, wanita berusia 47 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di lokasi.
“Mereka berjaya dikeluarkan pasukan bomba,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Baiki Sistem, Kukuhkan Tabung Haji – Mohd Isam
- RCI TH: Rekod BNM Jelas, Penerangan Menteri Berbeza – Naim Moktar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.