Wanita hutang duit kutu didakwa hari ini, suami jadi saksi

JITRA: Wanita yang ditahan polis kerana dipercayai terbabit dengan hutang duit kutu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini kerana menipu.
Wanita berusia 36 tahun itu yang direman empat hari sejak Khamis lalu dan disambung reman dua hari lagi disyaki terbabit menipu selepas polis menerima 35 laporan daripada mangsa yang berusia antara 23 hingga 53 tahun.
Kerugian keseluruhan yang dianggarkan setakat ini berjumlah RM1.7 juta.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata suspek wanita akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar manakala suaminya yang berusia 39 tahun akan dipanggil sebagai saksi.
Media sebelum ini melaporkan, tiga beranak dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas di Bukit Kayu Hitam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ibnu Rasyeed Teruskan Khidmat Bakti, Hargai Jasa Pejuang UMNO Terdahulu
- RCI: Jangan Jadikan Tabung Haji Mangsa Polemik Politik – Siti Aminah
- UMNO Labuan Perkasa Anak Muda, Peluang Serlah Potensi Masa Depan
RCI Tak Kaitkan Pemimpin BN Dengan ‘Sakau’ TH, Manndzri Tempelak Tuduhan PH
Berikutan itu, bapa wanita terbabit yang berusia 62 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada Isnin minggu lalu selepas gagal menghubungi anak perempuannya, menantu serta cucu lelakinya yang berusia sembilan tahun.
Bagaimanapun, pasangan itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada jam 1.50 pagi Khamis lalu sebelum direman empat hari dan disambung reman dua hari lagi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Baiki Sistem, Kukuhkan Tabung Haji – Mohd Isam
- RCI TH: Rekod BNM Jelas, Penerangan Menteri Berbeza – Naim Moktar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.