#PRNJohor: Tafsiran Salah Maszlee Terhadap Empayar Johor-Riau

Oleh Nurul Aishah

Walaupun tempoh berkempen dah tamat namun apabila fakta songsang yang dimainkan oleh ahli politik terutama calon yang bertanding hari ini perlu dibetulkan.

Nampak remeh tetapi sekiranya dibiarkan maka bangsa Johor akan tersilap menafsirkan naratif sebenar berhubung jatuh bangunnya empayar Johor-Riau.



Bagi Maszlee Malik, calon PKR bagi DUN Layang-layang beliau membawa kisah keagungan empayar Johor-Riau hanya sebagai gambaran ketika keberjayaan empayar itu sahaja. Bercerita tentang gemilang itu sudah cukup?

Kenapa tidak mengambil jalan cerita bagaimana ianya menjadi sebuah empayar yang tersohor? Malah kenapa empayar ini mula merosot dan musnah pada tahun 1824?

UMNO BN sentiasa menjadikan sejarah sebagai panduan penting bila mengemudi kerajaan supaya rakyat dan negeri makmur seiring.



Naik dan jatuhnya empayar Johor-Riau kerana kestabilan politik. Kukuhnya kestabilan tersebut maka empayar itu berada di puncak tetapi apabila kestabilan tersebut diganggu oleh kelompok yang berkepentingan maka musnahlah apa yang dibina.

Itulah sebabnya pilihanraya negeri perlu dan harus diadakan kerana situasi di Johor sudah tidak stabil. Semakin lama dibiarkan maka bertambah rosaklah kerajaan negeri yang semasa pemerintahan kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang gemilang dan maju.

Rantaian hasil kestabilan politik adalah wujudnya kerajaan yang stabil, ekonomi yang kukuh dan kemakmuran rakyat turut bertambah.

Malaysia juga pernah gemilang sebelum pilihanraya umum ke 14 namun hancur merudum teruk selepas pilihanraya tersebut. Ekonomi negara pincang dan aset strategik milik rakyat dijual sewenangnya.



Paling malang, bila kerajaan goyang dan tidak stabil maka hampir 20,000 penjawat awam ditamatkan kontrak. Mereka hilang pekerjaan begitu sahaja.

Pelabur mengambil keputusan untuk lari tinggalkan negara ini. Mereka menuju kepada negara jiran yang lebih stabil.

Maszlee sendiri patut bertanggungjawab ketika menjadi menteri pelajaran. Peluang anak muda melanjut pelajaran ke peringkat tertinggi banyak yang terencat kerana kerajaan pakatan harapan bertindak sesuka hati memotong bajet biasiswa yang mana jumlahnya berbilion ringgit.

Bagaimana seorang yang berbohong ini boleh berjanji membawa Johor kepada negeri yang manu dan sukses?



Ujian selama 22 bulan menjadi kerajaan negeri dan pusat juga mereka gagal laksanakan. Mereka tidak tahu apa makna kerajaan stabil.

Malah artis Wardina juga tidak lagi turun berkempen untuk Maszlee kerana merasakan dirinya tertipu sebelum ini.

Bangsa Johor, hari ini adalah hari penentu. Pilih kerajaan yang pernah buktikan bagaimana mereka mengurus negeri sebelum ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker