Berzina ketika suami merantau ke Malaysia, wanita dirotan 100 kali

BANDAR ACEH  – Seorang ibu di Aceh Utara dihukum rotan 100 kali kerana berzina beberapa kali dengan seorang lelaki ketika suaminya merantau ke Malaysia, lapor portal berita Tribun Manado hari ini.

Ibu muda berusia 29 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan lelaki tempatan berkenaan melalui media sosial, beberapa hari selepas ditinggalkan oleh suaminya dan perbuatan curang mereka bermula pada September 2022.

Kedua-dua mereka dikatakan beberapa kali melakukan hubungan intim apabila ibu muda tersebut ketiadaan si suami.

Bagaimanapun, kecurangan tersebut terbongkar selepas video perbuatan tidak senonoh itu dihantar oleh lelaki berusia 33 tahun itu kepada si suami, menyebabkan Mahkamah Syariah Lhoksukon menjatuhkan hukuman rota 100 kali pada Khamis lalu.

Dalam keputusannya, Majlis Hakim diketuai oleh Tubagus Sukron Tamimi Ssy menyatakan bahawa lelaki berkenaan dan si ibu tersebut terbukti bersalah kerana sengaja melakukan zina.

Kedua-dua pesalah itu ditahan oleh pihak berkuasa sehingga hukuman rotan dilaksanakan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker