Berseluar pendek di Kelantan, 7 lelaki diberi amaran

Berseluar pendek di Kelantan, 7 lelaki diberi amaran

Gara-gara berpakaian tidak menutup aurat dengan memakai seluar pendek paras paha tujuh individu lelaki berdepan amaran dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaheik Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, mereka dikesan dalam operasi bersepadu jabatan itu bersama Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Jumaat lalu.

Menurutnya, ketika kejadian individu berusia antara belasan tahun hingga 20-an itu berada di sebuah kedai di Tanah Merah.

“Operasi berkenaan dijalankan selepas mendapat aduan orang awam mengenai perniagaan shisha di lokasi itu.

“Hasil operasi, didapati tujuh lelaki yang memakai seluar pendek dan mendedahkan aurat diberi notis amaran mengikut Seksyen 23 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 yang boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara.

“Mereka diberi amaran dan dikehendaki hadir sesi khidmat nasihat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Mohd Fadzuli berkata operasi MDTM itu juga menyita enam unit dapur shisha dan satu notis amaran dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2009.

“PKD juga mengeluarkan 11 kompaun mengikut kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 berjumlah RM1,900.

“Lima kompaun lagi dikeluarkan mengikut Kesalahan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilai RM1,500,” Jelasnya. Mk

Berseluar pendek di Kelantan, 7 lelaki diberi amaran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker