Lelaki larikan barang kemas RM91,000 diberkas

TEMERLOH – Seorang lelaki yang disyaki terlibat mencuri dan melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM91,000 dari sebuah kedai emas di Mentakab di sini pada Isnin lalu berjaya dicekup polis hari yang sama.

Suspek berusia 46 tahun ditahan hasil serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan tersebut kira-kira jam 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, susulan penahanan suspek itu, polis berjaya menemui dan merampas empat utas rantas emas yang dicuri.

Menurutnya, kejayaan tangkapan itu hasil siasatan dilakukan susulan laporan polis dibuat pemilik kedai emas mendakwa berlaku kecurian barang kemas oleh suspek di premis miliknya.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika pemilik sibuk melayan pelanggan.

“Suspek yang ditangkap kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

“Semakan mendapati suspek turut memiliki rekod jenayah lampau berkait kes perjudian,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker