Larangan guna imam luar negara bagi solat tarawih ditetapkan sejak 2015
Shah Alam: Larangan atau sekatan menggunakan khidmat imam luar negara bagi pelaksanaan solat tarawih di semua surau dan masjid di negeri ini sepanjang Ramadan sudah ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sejak 2015.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, larangan itu dikuatkuasakan bagi memberi laluan sepenuhnya kepada imam tempatan, asatizah, graduan dan pelajar tahfiz tempatan yang juga menguasai aspek al-Quran yang baik dan mempunyai ilmu pengetahuan Fiqah sebagai imam.
Katanya, pembabitan anak tempatan dan pelajar keluaran sistem pendidikan Jais dalam pelbagai disiplin ilmu agama sebagai imam solat tarawih dibuat agar Ramadan dapat dijadikan sebahagian daripada medium latihan, pengukuhan, keyakinan dan outreach huffaz bersama masyarakat.
“Ketetapan juga dibuat sebagai antara usaha menyediakan imam pelapis untuk mengisi keperluan imam di masjid dan surau di Selangor pada masa hadapan.
“Keputusan ini juga dibuat bagi mengatasi wujudnya segelintir individu atau pihak yang menjadi perantara yang menawarkan imam dari luar negara dengan kadar bayaran tertentu, namun dalam masa yang sama menyebabkan peminggiran imam sedia ada, imam tempatan dan huffaz di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, ada juga situasi apabila imam luar negara menimbulkan beberapa isu membabitkan perbezaan mazhab dan mengambil kesempatan mengutip derma untuk faedah dan manfaat orang Islam yang tidak mendapat kebenaran mengikut Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.
Katanya, keputusan itu juga selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Senarai penuh MKT bagi Pemilihan UMNO Sesi 2023/2026
- 54 ketua bahagian UMNO muka baharu
- Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda
- Mahathir jangan bermain api, nanti terbakar negara sendiri
- Noh Salleh ditegur mencarut setiap masa atas pentas
- Little Miss Khan – Pakai Baju rona kulit melekap di badan
- Populariti Mierul Aiman memdadak
- Isteri rasa bahagia selepas suami jalin hubungan sulit
- Mimi Lana dah bersedia
- Beberapa kerat orang – Tan Sri, tauke besar rancang gugat kerajaan – Anwar
- Kenyataan media Syed Mokhtar
- Keputusan pemilihan isyarat Umno sedia berubah – penganalisis
- Hadi diingatkan jangan lupa hadir sidang Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi
You must be logged in to post a comment.