Jangan bodohkan rakyat, Anwar bidas pihak mengeluh tentang nasib Melayu
Jangan bodohkan rakyat, Anwar bidas pihak mengeluh tentang nasib Melayu
Setelah hilang tampuk kuasa, barulah sedar dan mengeluh tentang nasib orang Melayu. Demikian sindiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap pihak yang mendakwa kononnya orang Melayu semakin ditindas dan hilang kuasa bawah pentadbiran kerajaan perpaduan.
Tanpa menamakan pihak itu, Anwar dipercayai merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya, tidak memperjuangkan nasib orang Melayu ketika menjadi perdana menteri, sebaliknya hanya mengayakan diri dan keluarganya.
“Ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham,” kata Anwar, yang juga presiden PKR semasa ucap tama di Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Malawati.
“Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.”
Anwar mengingatkan individu tersebut supaya berhenti memperbodohkan rakyat, mereka cerita kononnya kuasa dan hak Melayu semakin lemah bawah kerajaan hari ini.
“Jangan perbodohkan rakyat, rakyat harus bangkit pertahan hak mereka,” katanya.
Mahathir sebelum ini memberi amaran bahawa kaum Melayu akan hilang kuasa sepenuhnya di negara ini selepas dua kali PRU akan datang.
Bekas perdana menteri itu menyuarakan perkara itu ekoran suasana politik ketika ini di mana menurutnya kekuatan dominan bangsa itu semakin teruk terhakis sejak PRU15 lepas.
Anwar dalam ucapannya juga membidas gabungan terdahulu yang kononnya mahu memperjuangkan hak orang Melayu Islam, namun gagal membawa sebarang perubahan untuk masyarakat itu selepas tiga tahun mentadbir negara susulan Langkah Sheraton.
“Kamu pegang tampuk kuasa, termasuk 3 tahun menjadi kerajaan. Mana dia RUU355? Mana projek meningkatkan dana untuk (negeri majoriti Melayu Islam) Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah?
“Belanjawan 2023 tahun ini yang meningkatkan (dana) untuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, lebih sikit untuk Sabah dan Sarawak, kerana mereka ketinggalan dalam banyak perkara,” katanya.
Anwar juga mengulangi beliau tidak gentar dengar sebarang ugutan pihak pembangkang yang mahu menumbangkan kerajaan pimpinannya kerana yakin beliau akan kekal menerajui negara sehingga habis penggal Parlimen.
“Mereka mahu ugut kita dengan perhimpunan, saya tak makan ugutan itu. Ada kuasa kita laksanakan,” katanya.
“Kamu cuba nak rampas kuasa, silakan, tetapi (kita) tidak kisah, kita siap dengan keris … membujur lalu melintang patah.” FMT
Jangan bodohkan rakyat, Anwar bidas pihak mengeluh tentang nasib Melayu
Baca Artikel Menarik:
- Negeri mundur, tapi beli Mercedes dan naik elaun wakil rakyat
- Uqasha lapor polis difitnah kaki buli di sekolah
- MP Kepong rayu bantuan nak bayar saman
- Rayu lawat kubur isteri selepas tembak matinya
- Pelajar jatuh cinta pada guru sejak tingkatan 3 akhirnya jadi isterinya yang sah [VIDEO]
- Kehidupan hancur, 6 tahun berkahwin baru tahu isteri rupanya saudara kandung
- Jantung bengkak dan jangkitan kuman, Ustaz Azhar Idrus ditahan di hospital
- ‘Datuk Roy’ juga dikait siasatan penipuan RM2 juta
- Tolak ‘calon proksi’ pada pemilihan ini – Zahid
- Lelaki ‘bertanduk’ meninggal dunia pada usia 140 tahun
- Tukar Pengundi: Taktikal terancang rampas kawasan dalam PRN
- Dah mabuk, pukul polis pula
- Speaker ‘back up’ Wee Ka Siong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah
Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan