Lebih RM200 juta habuan masuk dalam ‘kantung’ parti tertentu – Anwar

Anwar mendakwa ia sebagai balasan pemberian projek kepada syarikat ketika menjadi kerajaan.

Lebih RM200 juta habuan masuk dalam ‘kantung’ parti

Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan dana berjumlah lebih RM200 juta dikesan telah dimasukkan dalam akaun parti tertentu sebagai balasan pemberian projek kepada syarikat ketika menjadi kerajaan.

Katanya, beliau juga mengetahui terdapat habuan lain turut diberikan kepada parti tertentu namun enggan mendedahkannya pada ketika ini.



“Saya tahu (dana lebih RM200 juta) masuk dalam akaun parti. Kamu cakap kononnya pejuang Malayu tulen tetapi ambil wang rakyat masuk akaun parti dan mentekedarah untuk kamu, keluarga kamu.

“Tapi, kami (parti kerajaan perpaduan) memilih untuk menjaga kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap tama di Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Malawati.

Katanya, berbeza dengan parti dalam kerajaan perpaduan pimpinannya di mana mereka tidak menggunakan kuasa untuk keuntungan kepada parti.

Anwar berkata, beliau dan pimpinan parti tidak akan menggunakan kuasa untuk mengkayakan kantung parti sebaliknya ia akan memberi fokus untuk membantu rakyat.



“Kita memilih untuk membela rakyat, kita tak guna kuasa menyokong pemimpin dan membawa keuntungan kepada kantung parti sehingga menjadi kaya raya untuk membeli orang dalam pilihan raya. Kita akan lawan berdasar prinsip ini dan kita akan menang,” katanya.

Anwar bagaimana tidak merujuk secara jelas parti mana dimaksudkan menerima dana politik melebihi RM200 juta.

Sebaliknya, ia dipercayai merujuk kepada kes pendakwaan ke atas bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin pada Jumaat lalu berdepan dengan enam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur termasuk dakwaan menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta dan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta, dua tahun lalu.



Bagaimanapun, pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan kerana menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta, bagi tempoh sama. FMT

Lebih RM200 juta habuan masuk dalam ‘kantung’ parti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]



Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker