Pulangan KWSP mungkin rendah

Pulangan KWSP mungkin rendah

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan menerima pulangan rendah pada 2022, menurut ahli ekonomi.

Geoffrey Williams berkata, KWSP kekal berdaya tahan kerana diuruskan dengan baik menerusi strategi mempelbagaikan cabang pelaburannya, berbanding dana persaraan Norway, yang dilaporkan mengalami kerugian baru-baru ini.



“Pulangan KWSP mungkin kelihatan rendah didorong persekitaran kewangan keseluruhannya, namun dividen masih lagi baik,” kata profesor dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia.

Pencarum mempunyai jumlah simpanan tinggi boleh menjangkakan pulangan baik. “KWSP kekal antara terbaik bagi pelabur jangka panjang,” katanya kepada FMT.

Williams berkata, sukar untuk mengatasi dividen 6.1% pada 2021 bagi simpanan konvensional.

Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway, berkata kebanyakan dana antarabangsa, termasuk KWSP, diramal merekodkan kerugian atau prestasi kurang memberangsangkan bagi 2022 susulan peningkatan kadar faedah menjejaskan pasaran modal, pada tahun itu.



Yeah berkata, sebahagian besar portfolio KWSP adalah sekuriti pendapatan tetap dan saham asing.

Bagaimanapun, Liew Chee Yoong dari Pusat Pendidikan Pasaran, berkata KWSP berkemungkinan tidak mengalami kerugian besar dan mampu mengekalkan pembayaran 5.5% hingga 6.5%, pada 2022.

Katanya, berdasarkan pendapatan pelaburan RM39.3 bilion bagi sembilan bulan pertama, penurunan hanya 18% berbanding RM48 bilion direkodkan dalam tempoh sama, pada 2021.

Tahun lalu, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.1% bagi simpanan konvensional membabitkan pembayaran RM50.5 bilion dan 5.6% bagi simpanan syariah, melibatkan pembayaran RM6.3 bilion.



Pembayaran KWSP bagi simpanan konvensional dalam lingkungan terendah 5.2% (2020) kepada tertinggi 6.9% (2017), sejak sedekad lalu. FMT

Pulangan KWSP mungkin rendah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker