Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Keadaan ambulans milik syarikat swasta yang terbalik selepas dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Kampung Pisang dekat Batu Gajah pada Khamis. – Foto media sosial (Gambar kecil: Mohamad Roy Suhaimi)

BATU GAJAH – Sebuah ambulans milik syarikat swasta yang membawa pesakit, terbalik selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu jururawat di persimpangan lampu isyarat Kampung Pisang dekat sini pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 1.35 petang itu mengakibatkan pesakit yang merupakan seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah di sini mengalami kecederaan di bahagian pinggul kiri.

Kemalangan turut mengakibatkan pemandu ambulans berusia 28 tahun cedera di bahu kanan, penolong pegawai perubatan berusia 30 tahun lebam di muka dan bahu serta pembantu perubatan wanita berusia 39 tahun luka di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, siasatan awal mendapati, ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Ahmad menghala ke Hospital Batu Gajah.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, ambulans terbabit telah dilanggar di bahagian tengah sebelah kiri oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah Seri Iskandar yang tidak memberikan laluan.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan tiga penumpang ambulans termasuk seorang pesakit telah mengalami kecederaan.

“Pemandu Toyota Vios wanita berusia 46 tahun yang bekerja sebagai jururawat dan seorang lelaki berusia 21 tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun, penumpang hadapan kereta iaitu wanita warga emas berusia 77 tahun mengalami luka di bahagian pipi, mulut dan kaki kanan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker