Resepi kek coklat kukus laku keras

Sebaran :

Resepi kek coklat kukus laku keras

Kek Coklat Kukus Lembut & Tak Muak. Tak Perlu Topping, Makan Macam Tu Pun Dah Sedap!

Memang ramai peminat kek coklat kukus lembut ni kan? Lagi-lagi buat penggemar coklat. Tapi bila beli di kedai, kadangkala kek agak keras dan muak apabila dimakan.

Kalau beli, ada je yang tak kena dengan citarasa. Sangat susah untuk cari yang sedap dan cukup rasa.

Apa kata jom cuba buat sendiri kek coklat kukus di rumah, baru puas hati sebab boleh adjust mengikut citarasa masing-masing.

Bahan A

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair

Bahan B:

4 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara penyediaan:

Satukan bahan A dalam periuk atau kuali. Masak sekejap jangan sampai menggelegak, sekadar semua bahan sebati. Tutup api dan ketepikan.

Ayakkan semua bahan B kecuali telur.

Apabila bahan A sudah suam, masukkan ke dalam pengisar.

Masukkan bersama 4 biji telur dan kisar sekejap.

Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak tadi ke dalam pengisar.

Kisar sehingga semua bahan sebati.

Panaskan pengukus, sapu sedikit planta pada loyang kemudian baru masukkan adunan kek yang sudah siap dikisar tadi.

Bila air dah mendidih, baru masukkan adunan kek.

Kukus selama 45 minit menggunakan api sederhana.
Selamat mencuba!

Resepi oleh Noriza Awang Hamat

Resepi kek coklat kukus laku keras


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak


Sebaran :

Leave a Reply