Resepi mushroom soup garlic bread memukau

Sebaran :

Resepi mushroom soup garlic bread memukau

Resepi berikut telah dikongsikan oleh Izrin Hariri dan ramai telah kongsikan resepi ini di Facebook. Ia adalah sup yang sangat popular di restoran makanan segera Pizza Hut. Biasanya ianya dihidang bersama roti bawang putih dan dicicah bersama, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan ini.

Jangan tak cuba resepi ni, memang sedap memukau

Bahan – bahan:

Sup Cendawan

5 biji cendawan butang (fresh) saya potong kecil-kecil
Separuh bawang holland (dadu kecil),
2 ulas bawang putih (minced/potong halus),
Butter 2 sudu (untuk menumis),
Susu segar,
Tepung jagung (dibancuh air sejuk)
Garam dan daun parsley flakes (pilihan)
Roti sekeping
Butter
Garlic Bread

Butter suhu bilik,
Parsley flakes
Minced garlic (bawang putih hancur)
Roti

Langkah – langkah:

Sup Cendawan

Tumis bawang holland sehingga naik bau dengan butter.

Masukkan cendawan dan tumis sehingga layu.

Masukkan bawang putih dan tumis semua.
Tuang susu segar ke dalam pot dan kacau.
(Sukatan susu adalah bergantung pada kuantiti yang anda inginkan)
Masukkan air bancuhan tepung jagung dalam sup dan tengok tekstur sup kalau cair, tambah lagi air bancuhan tepung jagung sampai likat.

Perasa dengan garam. Tunggu sehingga sup mendidih untuk butter betul-betul bercampur dengan sup.

Croutons:

Sapu butter atas lapisan roti.

Potong kecik-kecik
Sapu lapisan tray dengan butter
Toast dalam oven (150 celcius – 15 min) atau sehingga warna keperangan.

*croutons boleh juga dimakan sengan salad. Kalau nak letak seasoning sebelum toast pun boleh (garlic powder ke atau apa – apa)

Garlic Bread

Campur butter dengan bawang putih yang telah dihancur.

Sapu atas roti.

Bakar dalam oven guna suhu di atas dan bawah.

Dah pun siap, senangkan.

Resepi oleh Izrin Hariri

Resepi mushroom soup garlic bread memukau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Ayam Goreng Pandan Wangi


Sebaran :

Leave a Reply