Ku Li tegaskan perubahan kerusinya tidak menguntungkan pembangkang

Ku Li tegaskan perubahan kerusinya tidak menguntungkan pembangkang. Perubahan kerusi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang kini duduk di blok bebas tidak memberi kesan kepada kerajaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon berkata, ini kerana perubahan itu hanya melibatkan seorang individu di mana Tengku Razaleigh sebelum ini duduk di barisan kerajaan, kini beralih kepada blok bebas.

“Hanya satu sahaja, walaupun jatuh (sokongan), tetapi tidak ada apa-apa kesan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Tengku Razaleigh yang turut dikenali sebagai Ku Li memohon untuk menukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat ke blok bebas.

Perkara itu dinyatakan dalam surat rasmi yang dihantar kepada Speaker Dewan rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertarikh 26 Julai lalu.

Permohonan itu diambil maklum oleh Dewan Rakyat di mana Azhar telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap permohonan tersebut.

Jelas Rashid, perubahan tersebut turut tidak memberi sebarang manfaat kepada pembangkang kerana Tengku Razaleigh berpindah duduk di blok bebas.

“Walaupun dia pindah untuk tidak duduk dengan kerajaan, tetapi tidak beri keuntungan pada pembangkang,” katanya.

Ku Li tegaskan perubahan kerusinya tidak menguntungkan pembangkang

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker