4 lagi dikesan positif Covid-19 di Parlimen

4 lagi dikesan positif Covid-19 di Parlimen, kata speaker

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun hari ini memaklumkan empat lagi kes positif Covid-19 dikesan di kawasan Parlimen.

Beliau membuat penjelasan itu ketika mengulas desakan wakil pembangkang supaya waktu sidang Parlimen dilanjutkan selepas 5.30 petang seperti ditetapkan ketika ini bagi membolehkan lebih ramai wakil rakyat berucap.

“Kita (sidang Dewan Rakyat) sebenarnya telah tidak menuruti nasihat Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah), kalau ikut nasihat Ketua Pengarah Kesihatan kita bersurai jam 2 petang sebab beliau bimbang penularan Covid-19 di kawasan Parlimen.

“Semalam dan hari ini ada lagi empat kes. Risiko agak tinggi sebab itu saya tetapkan 5.30 petang untuk beri peluang kepada semua bahas,” katanya.

Azhar bagaimanapun turut memaklumkan tindakan melanjutkan sidang melebihi 5.30 petang berada di bawah kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan.

Azhar menjawab Shamsul Iskandar Md Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang mencadangkan Parlimen bersidang melebihi 5.30 petang.

Isnin lalu, Azhar mengesahkan dua Ahli Parlimen positif Covid-19 sekali gus tidak dapat menyertai Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung.

Susulan itu, enam lagi Ahli Parlimen terpaksa menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat dua Ahli Parlimen terbabit.

“Hasil ujian saringan Covid-19 diadakan Jumaat lalu juga mendapati seramai 13 orang kakitangan Parlimen didapati positif, berikutan itu seramai 58 kakitangan Parlimen turut menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada mereka yang positif,” kata Azhar. FMT

4 lagi dikesan positif Covid-19 di Parlimen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker