Bunuh kolestrol jahat dengan kacang

Sebaran :

Bunuh kolestrol jahat dengan kacang

Mungkin selepas ini, anda perlu berfikir se­mula untuk menerus­kan rejim memboikot kekacang atas mitos ia membajai jerawat!

Kajian oleh saintis Uni­versiti Teknologi Virginia, Amerika Syarikat, mem­bongkar rahsia, kekacang dan biji­-bijian sebenarnya kaya den­gan protein dan asid lemak mono tidak tepu yang baik untuk jantung.

Sesetengah daripada jenis keka­cang dan bijian ini pula boleh membantu merendahkan tahap kolesterol LDL (semestinya kolesterol jahat). Antara kebaikan lain yang sinonim dengan kekacang dan bijian termasuklah asid lemak omega­3 serta vitamin C dan E.

Selain itu, kebanyakan jenis kacang dan bijian juga dipenuhi fitosterol iaitu bahan semu­la jadi dalam tumbuhan yang membantu meng­halang badan daripada menyerap kolesterol yang terkandung dalam makanan. Kacang maka­ damia, pistasio, badam, bijan, kuaci dan biji labu adalah antara kekacang dan bijian yang mengandungi tahap fitosterol tinggi.

Memandangkan makanan ini hadir dengan kandungan lemak dan kalori yang tinggi, saiz hidangannya pula adalah memadai diambil pada kadar sedikit. Contohnya, segenggam sebagai snek petang atau gaulkan bersama dalam semangkuk salad.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Bunuh kolestrol jahat dengan kacang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)


Sebaran :

Leave a Reply