Covid-19: 17405 kes baharu, naik lagi

Covid-19: 17405 kes baharu, naik lagi

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 17,405 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,061,476 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,171 kes.



Namun harus diingat, daripada data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), negeri-negeri lain juga melaporkan angka kes baharu yang tinggi.

Kedah misalnya melaporkan 1,112 kes manakala kes baharu di Sabah kembali meningkat dengan 913 penularan.

Negeri Sembilan pula melaporkan 863 kes manakala Johor (767 kes) dan Pulau Pinang (760 kes).

Keseluruhannya, sembilan negeri melaporkan kes melebihi 500 kes manakala empat lagi negeri melebihi 400 penularan.



Terendah Perlis dengan tiga kes diikuti Labuan, 16 kes.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 28 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,405 kes (1,061,476 kes).



Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 7,171 (387,764)
WPKL – 2,880 (116,813)
Johor – 767 (87,381)
Sabah – 913 (81,844)
Sarawak – 464 (75,211)
Negeri Sembilan – 863 (68,599)
Pulau Pinang – 760 (43,877)
Kedah – 1,112 (41,749)
Kelantan – 532 (41,143)
Perak – 406 (35,498)
Melaka – 531 (29,672)
Pahang – 429 (22,605)
Terengganu – 490 (15,370)
WP Labuan – 16 (9,634)
WP Putrajaya – 68 (3,651)
Perlis – 3 (665)

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Covid-19: 17405 kes baharu, naik lagi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


https://mykmu.net/2021/07/28/gagal-raih-mata-tertinggi-pandelela-sebut-babi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker