Olimpik Tokyo: Roslin ingatkan Zii Jia jangan lagi main-main

Sebaran :

Roslin ingatkan Zii Jia jangan lagi main-main.Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bakal berdepan ujian besar apabila menentang pemain Perancis, Brice Leverdez dalam aksi kedua Kumpulan M Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Musashino Forest Sport Plaza pada Rabu.

Selepas menang mudah ke atas pemain Ukraine, Artem Pochtarov 21-5, 21-11 dalam aksi sulung pada Ahad, Zii Jia dijangka menerima tentangan sengit daripada Leverdez.

Bekas pemain negara, Roslin Hashim berkata, Zii Jia perlu fokus sepanjang perlawanan itu bagi mengelak daripada melakukan kesilapan sehingga memberi mata mudah kepada Leverdez.

“Untuk pertemuan dengan Leverdez nanti, saya harap Zii Jia tidak lagi ‘main-main’ pada penghujung perlawanan sebagaimana yang dilakukannya ketika berdepan Pochtarov. Sebaliknya, dia perlu berusaha menamatkan perlawanan dengan segera.

“Sebabnya manalah kita tahu, pada hujung-hujung perlawanan itulah yang akan menyebabkan berlakunya kecederaan kepada dirinya. Jadi jika berpeluang perlu tamatkan segera, jangan buang tenaga lagi.

“Saya juga harap Zii Jia tidak memandang rendah terhadap keupayaan Leverdez kerana rekod pertemuan antara mereka adalah seimbang di mana Zii Jia menang sekali dan Leverdez juga menang sekali,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Berdasarkan undian, jika berjaya menewaskan Leverdez, Zii Jia bakal berdepan pemain ranking keenam dunia yang juga pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Cheng Long pada aksi 16 terbaik.

“Buat masa ini, Zii Jia jangan fikir perkara lain. Tak payah fikir bagaimana persiapan Chen Long, tak payah fikir persediaan Chen Long dan sebagainya.

“Sebaliknya, Zii Jia hanya perlu memberikan fokus kepada pertemuan dengan Leverdez dulu dan seterusnya memberikan aksi terbaik bagi menjamin kejayaan yang dicita-citakan,” ujarnya.

Selaku juara Seluruh England, Zii Jia yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik diletakkan sebagai antara prospek yang mampu menumbang pingat buat kontinjen Malaysia pada temasya kali ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Katil Anti-Maksiat Untuk Tempat Tidur Atlet Olimpik Tokyo 2020

 


Sebaran :

Leave a Reply