Resepi Ayam Goreng Pandan Wangi

Resepi Ayam Goreng Pandan Wangi Confirm Kalau Makan Teringat Ingat Weh!

Juadah ayam goreng pandan wangi merupakan hidangan yang berasal daripada Thailand. Ianya merupakan kombinasi yang menarik, iaitu ayam bersama dengan daun pandan yang menghasilkan aroma yang sangat enak serta rasa yang sangat menarik. Ianya juga enak dimakan begitu sahaja serta boleh dimakan bersama dengan makanan ruji rakyat Malaysia, nasi.

Ayam goreng pandan wangi ini juga sesuai dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat. Ianya juga sangat mudah untuk disediakan dan seharusnya digoreng menggunakan kaedah deep-fry sehingga ayamnya kuning keemasan. Ayam goreng pandan wangi ini juga sangat lazat jika dicicah bersama sos Thai. Bahan – bahan untuk menghasilkan ayam goreng pandan wangi ini juga boleh didapati di pasaraya berdekatan.

Resepi ini dikongsikan oleh Raja Amanina dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jadi, ayuh kita lihat resepi ini!

Bahan – bahan:

Ayam Goreng Pandan:

7 ke 8 ketul isi ayam
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu kecil ketumbar (ditumbuk)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap
1 sudu makan gula/madu
Sedikit garam
1 sudu makan tepung jagung
Daun pandan dan lidi secukupnya

Sos Ala Thai

3 biji cili merah
6 biji cili padi
1 keping gula melaka
1 sudu makan gula
5 sudu makan sos ikan/kicap sotong
Daun ketumbar cincang halus
3 ulas bawang putih cincang halus
2 sudu makan cuka
Sedikit bijan
Setengah cawan air
1 sudu kecil tepung jagung

Cara – cara memasak:

Ayam Goreng Pandan:

Perap ayam bersama bawang putih, lada hitam, ketumbar, sos tiram, kicap, gula, tepung jagung dan garam.
Balut / bungkus isi ayam dengan daun pandan.
Perap 2 ke 3jam atau semalaman lagi sedap!
Goreng secara deep fry sehingga keperangan.
ayam goreng pandan 2

Sos Ala Thai

Kisar cili dengan sedikit air
Tumis bawang putih&bijan hingga wangi
Masukkan cili kisar
Masukkan air, cuka, lemon, gula, kicap sotong
Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung
Masak lagi hingga sos jadi sedikit jernih dan perasakan gula garam
Taburkan daun ketumbar

Resepi Raja Amanina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi kambing masala kashmir sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker