Pathaan pecah panggung, memang puas hati

Pathaan pecah panggung, memang puas hati

PILIHAN menyaksikan filem terbaharu lakonan Shah Rukh Khan berjudul Pathaan edaran Yash Raj Films baru-baru ini ternyata bukan satu pengalaman yang berakhir dengan penyesalan.

Khalayak semua tahu betapa filem aksi India atau Bollywood mempunyai kecenderungan untuk ‘berjalan’ terlalu ‘over the top’ (berlebih-lebih). Filem yang turut dibintangi Deepika Padukone dan John Abraham itu tidak terkecuali.



Satu perihal yang pasti dijamin adalah melangkah keluar daripada menyaksikan krya berdurasi 146 minit tersebut dengan rasa puas hati, sementelah jika seseorang itu penggemar filem bercorak aksi seperti Mission: Impossible.

Buat penulis secara peribadi, Pathaan memberi kepuasan berjela-jela, sehinggakan sudah sampai di rumah pun, aksi bertubi-tubi pelakon terlibat khususnya Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) masih terbayang-bayang di mata.

SRK selama-lamanya!

Pelakon legenda itu memainkan watak seorang perisik Research and Analysis Wing (RAW) dengan sangat cemerlang. Aksi yang dipamerkan, seni bertarung, karisma, tarian, emosi, semuanya serba-serbi luar biasa.



Penulis tertanya-tanya, bagaimana pada usia 58 tahun, SRK mampu menjelmakan karakter bertubuh sasa dengan ‘six pack’, lengan berotot dan segala perihal seorang pelakon metode jayakan.

Berbalik tentang soal over the top, ada beberapa atau penulis berani katakan, banyak adegan yang dijayakan dengan bantuan teknik janaan komputer (CGI).

Adegan letupan, bom dan terbang semuanya divisualkan dengan bantuan CGI, namun yang pasti, SRK juga melakukan ‘stunt’ sendiri.

Bantuan atau kerjasama CGI tidak langsung mencacatkan perjalanan atau naratif filem. Filem Hindi memang tidak boleh lari daripada permainan kamera yang ‘melewa’ kerana itu memang signatur yang membuatkan mereka istimewa di mata dunia.



Deepika tepat, John luar biasa

Deepika Padukone sebagai Rubai iaitu seorang perisik atau ejen Inter-Services Intelligence (ISI) juga langsung tidak mengecewakan. Kejelitaan dan ketangkasannya berjalan seiring.

Kata orang, air tenang jangan disangka tiada buaya dan itulah Deepika dalam Pathaan. Dia aktres paling tepat pilihan Yash Raj Films untuk karakter Rubai.

Dari segi terjemahan karakter villain atau penjahat, ‘bravo’ untuk John Abraham! Watak bekas ejen RAW yang berpaling tadah menjadi ketua geng ‘Outfit X’ sungguh berkesan di tangan aktor tinggi lampai itu.



John meninggalkan dampak luar biasa sebagai villain sehingga penulis terasa ingin masuk ke dalam skrin menamatkan riwayatnya. Sampai begitu berkesan terjemahan karakter John Abraham. Liat sungguh nak mati.

Mesej konflik India-Pakistan

Dari satu sudut pandang lain, Pathaan juga membawa mesej tentang pergolakan kuasa di lokasi indah, Kashmir antara India dan Pakistan.

Pathaan juga memaparkan betapa dunia ini penuh kebobrokan sehinggakan ada pihak tergamak mahu menghancurkan manusia dengan virus maut.



Secara keseluruhan, Pathaan sebuah filem Hindi wajib tonton untuk tahun 2023! Naskhah menampilkan Tiger di tangan Salman Khan itu sedang menjadi filem terlaris India dan tersenarai antara yang mencatat kutipan tertinggi sepanjang zaman industri perfileman Bollywood.

Tak sabar menunggu filem Tiger 3 yang khabarnya akan turut menyaksikan penampilan khas SRK sebagaimana Salman ‘muncul’ dalam Pathaan. Khans selama-lamanya! K Online

Pathaan pecah panggung, memang puas hati

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker