Pemandu lori 'layan' 15 biji pil kuda sehari — MYKMU.NET

Pemandu lori ‘layan’ 15 biji pil kuda sehari



Sebaran :


PASIR MAS – Pengambilan 15 biji pil kuda sehari sudah menjadi perkara biasa bagi seorang pemandu lori untuk melampiaskan ketagihannya.

Lelaki berusia 33 tahun yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi itu berkata, dia mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah sejak berusia 16 tahun.

“Saya tidak boleh hidup tanpa pil kuda. Apabila sakit kepala dan gigi, pil kuda yang saya cari bukannya ubat-ubatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat AADK Pasir Mas di Lubok Jong pada Khamis.



Anak ketujuh daripada 10 beradik bersama adik bongsunya itu antara penagih yang dicekup ketika operasi bersepadu yang dijalankan AADK bersama polis di seluruh negeri ini bermula awal Mac lalu.

Lelaki itu mendakwa pengambilan pil tersebut membolehkan dia melakukan kerja dengan baik serta lebih bersemangat.

Katanya, dadah yang berharga RM10 sebiji itu mudah didapati walaupun dalam keadaan negara kita sedang diuji dengan pandemik Covid-19.



Tambahnya, walaupun kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ia bukan halangan untuk mendapatkan bekalan.

“Sehari saya perlukan lima biji untuk memenuhi ketagihan. Keluarga tahu saya dan adik bongsu penagih tetapi kami tidak kacau orang dan kami bekerja untuk beli pil kuda,” katanya.

Adik bongsunya yang berusia 26 tahun pula berkata, dia bukan terpengaruh kerana abangnya tetapi mengikut rakan-rakan.



Katanya, pengambilan pil kuda lebih kepada untuk melayan perasaan dan menghilangkan tekanan.

Dia yang terjebak dengan pil kuda sejak dua tahun lalu itu berkata, sebagai pekerja ladang dia lebih rela menghabiskan duit gajinya membeli najis dadah itu daripada makanan.

“Sehari saya menghabiskan RM30 untuk tiga biji pil kuda,” katanya. Sinar




Sebaran :


Leave a Reply