Pertikai sokongan Zahid kepada Anwar, DAP bukan fitnah: Tun Faisal Rayu Penggantungan Dibatalkan

Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz merayu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membatalkan hukuman penggantungan keahlian terhadapnya.

Beliau mendakwa penggantungan selama enam tahun itu adalah zalim dan tidak masuk akal.

Menerusi satu kenyataan, Tun Faisal berkata, beliau juga berharap mereka menarik balik pengesahan terhadap keputusan Lembaga Disiplin UMNO Malaysia yang didakwanya tidak bersandarkan merit dan fakta kes.

“Saya juga memohon mereka mengembalikan semula hak-hak keahlian saya, termasuk jawatan saya sebagai Ketua UMNO Cawangan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang digantung keahlian enam tahun itu berkata kecaman terbuka terhadap Zahid yang dijadikan asas hukuman terhadap dirinya adalah suatu keputusan yang tidak adil.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi tidak ada sebarang unsur kritikan, fitnah, celaan dan kecaman yang saya lakukan terhadap Presiden secara terbuka.

“Ia adalah pandangan umum berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa yang berkisar kepada surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar dan Jajaran Politik Baru melibatkan PKR dan DAP, serta rumusan terhadap kredibiliti Presiden berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku, iaitu penolakan demi penolakan terhadap kerjasama dengan Anwar dan DAP oleh Majlis Kerja Tertinggi,” kata beliau semasa sidang media selepas menyerahkan surat rayuan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hari ini.

“Jawatan itu saya menangi melalui proses demokrasi yang sihat dan dalam pertandingan yang adil tanpa menyalahi tata etika parti termasuk politik wang.

“Semoga dengan penarikan semula pengesahan dan hukuman yang zalim dan tidak masuk akal ini, imej UMNO akan menjadi semakin baik serta dilihat lebih adil dan lebih demokratik di mata ahli dan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Lembaga Disiplin parti terkhilaf apabila tidak mempertimbangkan secara adil fakta dan konteks sebenar kenyataannya.

Bahkan, beliau mendakwa mereka tidak menyampaikan maklumat yang sebenar kepada MKT.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi tidak ada sebarang unsur kritikan, fitnah, celaan dan kecaman yang saya lakukan terhadap Presiden secara terbuka,” ujarnya.

Tegasnya, keputusan Lembaga Disiplin UMNO itu menimbulkan tanda tanya dan memberi persepsi negatif terhadap UMNO.

“Ini kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan yang besar seperti mensabotaj parti, tidak mendedahkan rahsia parti, tidak didapati bersalah kerana politik wang dan tidak didakwa di mahkamah.

“Tiada sebarang `penghakiman’ bertulis diberikan kepada saya dan pertuduhan bahawa saya memfitnah Presiden, mengkritik Presiden secara terbuka dan memberikan gambaran negatif terhadap Lembaga Disiplin UMNO tidak dapat dibuktikan.

“Saya juga telah menjawab secara berfakta di dalam sesi Tribunal Lembaga Disiplin UMNO pada 1 Mac 2021,” katanya.

Tun Faisal sebelum ini mempersoalkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menggantung keahliannya selama enam tahun.

Tegasnya, beliau pelik dengan hukuman enam tahun tersebut kerana sebelum ini ada beberapa pemimpin mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan lebih keras namun tidak pula dikenakan tindakan sebegitu.

Menurutnya, apa yang disuarakan sebelum ini berupa cadangan kepada Ahmad Zahid dan bukannya kritikan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker