Resepi Ayam Masak Kurma Pekat Likat
Resepi Ayam Masak Kurma Pekat Likat
Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia Ayam Masak Kurma Yang Pekat Likat, Bahan ‘Ini’ Wajib Letak Kalau Nak Sedap!
Ayam Masak Kurma merupakan antara hidangan yang paling sedap dan agak mudah untuk disediakan. Namun tak ramai yang mampu sediakan yang sedap dan pekat likat. Umi Watie ada berkongsi resepi Ayam Masak Kurma dari abahnya.
Menurutnya kalau abahnya yang sediakan lauk ini pasti akan habis licin. Selain dimakan dengan nasi, ianya juga boleh dicicah dengan roti atau lempeng. Jom kita ikuti perkongsian resepi tersebut.
Bahan-bahan :
Ayam
Air
Cili hijau
Tomato
Pes asam jawa
Kentang
Lobak merah
Santan
Bahan Tumisan :
Bawang putih
Bawang merah
Halia
4 sekawan
1 1/2 paket Serbuk kurma
Bahan Kisar ( bahan rahsia ) :
Daun bawang
Daun ketumbar
Kacang badam
Cara Penyediaan :
Tumis bahan tumisan sehingga wangi dan garing. Kemudian masukkan serbuk kurma.
Apabila bahan tumisan dan naik minyak, masukkan bahan kisar (bahan rahsia).
Gaulkan rata, biar bahan tadi pecah minyak sekali lagi. Bubuh ayam ½ ekor.
Kacau-kacaukan. Biarkan ayam sekejap biar kering air ayam tadi barulah masukkan air. Kakchik bubuh 2 cawan air lebih kurang.
Masukkan pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja.
Masukkan kentang dan lobak merah.
Bila ayam, kentang dan lobak dah empuk masukkan Santan.
Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.
Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing ya.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Resepi oleh Umi Watie
Resepi Ayam Masak Kurma Pekat Likat
Baca Artikel Menarik :
- Beza antara pembatalan Proklamasi Darurat dengan Ordinan Darurat – Prof Shamrahayu
- Permansuhan Darurat. Kuasa siapa ? [Video]
- Sumbat belut dalam anu mahu ubati sembelit
- Tiara lepas ‘gian’ selepas 17 tahun tidak berlakon
- Fara Fauzana kembali ke Hot FM
- Resepi mushroom soup garlic bread memukau
Layari Laman Facebook MYKMU