Guru terjun dari tingkat empat bangunan sekolah akibat dengar bisikan

Guru terjun dari tingkat empat bangunan sekolah akibat dengar bisikan

KUANTAN: Seorang guru wanita mendakwa mendengar bisikan selama empat hari berturut-turut, sebelum bertindak terjun dari tingkat empat bangunan sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK) di bandar ini, dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, guru pendidikan pra berusia 28 tahun itu, terselamat dan hanya mengalami luka dan bengkak serta lebam pada bahagian muka, selain calar pada bahagian siku kiri.



Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan menerima maklumat kejadian seorang wanita telah terjatuh dari bangunan tingkat empat sekolah.

“Wanita terbabit telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, bagi menerima rawatan kecemasan oleh pihak sekolah.

“Hasil temubual, saksi menyatakan melihat sendiri wanita berkenaan berada di tingkat empat sekolah terbabit dan sedang berada di bahagian luar penghadang bangunan seperti ingin terjun.

“Saksi menyatakan ada seorang guru perempuan lain cuba memujuknya daripada bertindak terjun namun dia dikatakan telah bertindak terjun tanpa paksaan mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.



Wan Mohd Zahari berkata, hasil temubual saksi juga mendapati cikgu berkenaan pernah menerima rawatan dan masih dalam pemantauan sebagai pesakit psikiatri di HTAA dan juga Hospital Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), di sini.

“Daripada maklumat diperoleh, wanita terbabit masih belum berkahwin dan kini bertugas sebagai pengajar di Kelas Pra di sekolah terbabit.

“Hasil temubual dengan wanita itu yang berada dalam keadaan separa sedar, menyatakan dia tidak tahu kejadian yang berlaku dan hanya ada mendengar suara halus dalam tempoh empat hari berturut-turut supaya bertindak terjun daripada bangunan sekolah berkenaan.

“Dia juga menyatakan tidak tahu bagaimana boleh berada di Zon Merah HTAA,” katanya.



Wan Mohd Zahari berkata, kes dicadangkan dirujuk kepada pihak HTAA memandangkan mangsa adalah pesakit psikiatri hospital berkenaan dan masih dalam pemantauan. BH

Guru terjun dari tingkat empat bangunan sekolah akibat dengar bisikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]



Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker