Kekalahan Nurul bukti saya tak campur tangan – Zahid

Kekalahan Nurul bukti saya tak campur tangan – Zahid

Kekalahan Nurul Hidayah dalam pemilihan jawatan ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Datuk membuktikan tiada unsur campur tangan presiden pada pemilihan Umno, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, keputusan itu membuktikan beliau bersikap profesional walaupun anaknya sendiri yang bertanding pada pemilihan parti kali ini.



Katanya, walaupun beliau adalah ketua Bahagian Umno Bagan Datuk dan presiden Umno, kekalahan Nurul Hidayah memperlihatkan tidak ada campur tangan di peringkat bahagian dan di semua peringkat parti.

“Sebagaimana yang saya seru sebelum ini kepada ahli untuk membuat pilihan yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik, ini termasuk (kepada) anak sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk.

Nurul Hidayah gagal memenangi jawatan ketua wanita Umno Bahagian Bagan Datuk selepas tewas di tangan penyandangnya, Zarozatin Isa.



Zahid pula menang tanpa bertanding jawatan ketua Bahagian Umno Bagan Datuk.

Bagaimanapun, Nurul Hidayah mendapat undi kedua terbanyak bagi jawatan Exco Wanita Umno pusat. BH

Kekalahan Nurul bukti saya tak campur tangan – Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]



Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker