‘Datuk Roy’ juga dikait siasatan penipuan RM2 juta

‘Datuk Roy’ juga dikait siasatan penipuan RM2 juta

Ahli perniagaan dikenali sebagai “Datuk Roy” yang disiasat dalam kes berhubung program Jana Wibawa, dikaitkan dengan satu lagi kes penipuan berjumlah RM2 juta membabitkan menantu lelaki seorang pemimpin kanan politik.

Sumber berkata, belum dapat dipastikan sama ada Hussein Nasir, 54, adalah suspek utama atau hanya saksi dalam siasatan dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Hussein yang direman tiga hari susulan siasatan program Jana Wibawa oleh SPRM, dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.

Bagaimanapun, dia ditahan semula oleh SPRM berhubung satu lagi siasatan.

“Siasatan berkait dengan penipuan RM2 juta membabitkan menantu lelaki seorang pemimpin politik,” kata sumber itu.

Hussein antara lima individu termasuk seorang pegawai SPRM yang ditahan kerana dituduh meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 untuk menghalang siasatan terhadap program Jana Wibawa, yang bertujuan membantu kontraktor Bumiputera ketika pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, menurut sumber, dipercayai empat lagi individu itu tidak terlibat dengan kes penipuan tersebut.

Pada 2021, Hussein dihukum penjara tujuh tahun dan didenda RM50,000 kerana menyamar sebagai pegawai SPRM dan meminta wang untuk membantu individu yang disiasat oleh agensi anti-rasuah tersebut. FMT

‘Datuk Roy’ juga dikait siasatan penipuan RM2 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker