Saharul, Achey & Zoey Kongsi Sebab Tertarik Dengan Palut’s

Selain aktif dalam dunia seni, nampaknya semakin ramai selebriti tempatan sudahpun berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Ternyata kebanyakkan mereka akui, ruang dalam bidang seni ada pasang dan surutnya.

Terbaru, selebriti tempatan, Zoey Rahman, Achey dan Saharul Rizuan kini berkolabrasi dengan Palut’s Food Sdn Bhd yang menghasilkan makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia.

Apa yang menarik, dengan tagline Terliuqq Agitchuu! dan misi mengenyangkan perut, mereka bertiga digelar Palut’s Superhero kerana mempunyai produk yang dinspirasi dari mereka sendiri.

Zoey Rahman- Banana Sangrai Cripsy

Banana Sangrai Cripsy diinspirasi oleh Zoey Rahman, iaitu makanan ringan yang diperbuat daripada pisang sebenar yang di-sangai daripada Indonesia.

Menurut Zoey, dia menerima lamaran untuk berkolabrasi dengan Palut’s kerana dia mahu menyokong perniagaan orang melayu yang berkualiti. Bermula dari membuat review produk mereka, Zoey menawarkan diri untuk join venture kerana dia kagum Palut’s boleh mencapai keuntungan yang tinggi dalam masa setahun.

Saharul Ridzwan-  Banana Salai Cripsy, Chocolate & Dip

Manakala Saharul Ridzwan, muncul dengan Banana Salai Cripsy, Chocolate & Dip. Pisang salai ini diperbuat dari pisang sebenar yang dihidangkan bersama sos coklat bersusu.

Bagi Saharul, keputusan untuk berkolabrasi bersama Palut’s adalah langkah permulaannya untuk dia menceburi bidang perniagaan. Berazam untuk menjadi seorang usahawan pada masa akan datang, Saharul percaya dari kolabrasi ini dia dapat banyak menimba banyak ilmu untuk lebih bersedia menceburi dunia perniagaan.

Achey- Nangka Sangrai Crispy

Selain makanan berasaskan pisang, pelawak, Achey pula tampil dengan makanan ringan Nangka Sangrai Crispy. Ia diperbuat daripada nangka madu sebenar yang di sangai dari Indonesia.

Achey mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berbesar hati untuk menerima lamaran dari Palut’s. Menurut Achey, syarikat ini menitiberatkan soal kejayaan di dunia dan akhirat. Achey yang juga merupakan duta produk syarikat tersebut, mendedahkan sebahagian daripada keuntungan Palut’s Food Sdn Bhd disalurkan ke rumah anak yatim dan asnaf.

Palut’s Food Sdn Bhd

Palut’s Food Sdn Bhd ditubuhkan pada Mac 2020 ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Dengan hanya menjalankan perniagaan secara online yang melibatkan jualan multi-level dari Master Stokis, Stokis, Stokis, Mini Stokis, Ejen dan Dropship. Visi mereka untuk membantu lebih ramai orang untuk berjaya dam menjadikan Palut’s Sdn Bhd sebagai jenama snek pilihan nombor 1 di Malaysia.

Menurut pengasas produk tersebut, Ridzuan Ansar, mereka telahpun berjaya mencapai keuntungan mencecah RM7.1 juta pada tahun 2020. Pada tahun 2021, Palut’s Food Sdn Bhd semakin berkembang dan Ridzuan yakin pada tahun ini keuntungan mampu mencapai sehingga RM50 Juta.-Murai.my

Tengok konflik berterusan Ali Puteh dan Nor Hidayah, Achey luah rasa

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker