Pengarah Mentega Terbang diugut bunuh
Pengarah Mentega Terbang diugut bunuh
“Lu dengan family mesti mati”. Berikut adalah antara nota ugutan yang ditinggalkan di rumah pengarah filem Khairi Anwar di Selangor. Keretanya juga disimbah dengan cat merah dan hitam.
Khairi adalah pengarah Mentega Terbang yang mengundang kontroversi baru-baru ini selepas dilihat sesetengah pihak sebagai menghina Islam.
Nota lain yang ditinggalkan di rumahnya berbunyi: “Islam pasti bangkit! #MentegaTerbang”, “Mentega Terbang, jangan cabar Islam”, “Ingat family selamat Mentega Terbang?” dan “Tengok lu punya langsi Mentega Terbang”.
Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, pengarah berusia 31 tahun itu berkata kereta pelakon Arjun Thanaraju juga disimbah dengan cat merah dan asid, di rumahnya di Ampang.
Namun, tidak dapat dipastikan jika Arjun turut menerima ugutan yang sama.
Ketua Polis Daerah Kajang Zaid Hassan ketika dihubungi, mengesahkan Khairi telah membuat laporan polis pagi ini.
Serangan itu sehari selepas polis mengambil keterangan Khairi dan enam pelakon dalam filem tersebut.
Mentega Terbang disiarkan di platform penstriman Viu dan mengisahkan tentang Aishah, remaja berusia 15 tahun yang bergelut dengan persoalan kehidupan selepas mati dalam pelbagai agama, setelah ibunya didiagnos menghidap penyakit kritikal.
Sejumlah pihak menyifatkan filem itu sebagai menghina Islam kerana memaparkan seorang yang beragama Islam cuba mendalami agama lain.
Filem itu kini disiasat mengikut Seksyen 289A dan 505(b) Kanun Keseksaan, Serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap kandungan filem Mentega Terbang mendapati, terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.
Malaysiakini telah menghubungi Khairi serta peguam yang mewakili pelakon Mentega Terbang untuk mendapat maklum balas lanjut berhubung insiden ini. Mk
Pengarah Mentega Terbang diugut bunuh
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM
- Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen
- Laporan polis terhadap Faizal Azumu dibuat
- Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup
- Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh
- Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]
- UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli
- Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
- Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM
- Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai
- All England, juara dunia bungkus awal
- Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen
- SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?