Wanita dirogol, dibunuh di reban ayam

Wanita dirogol, dibunuh di reban ayam

Wanita berusia 26 tahun dibunuh dengan kejam di dalam reban ayam oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi dalam talian, baru-baru ini.

Lebih kejam, wanita berasal dari Bandung Barat itu ditemukan penduduk kampung di dalam semak di sebuah kampung di Cimahi Selatan, Kota Cimahi, Jawa Barat.



Kompas melaporkan, leher mangsa yang juga pekerja seks itu didapati mempunyai kesan tikaman dan mayat ditemukan dalam keadaan bogel.

Polis mengesyaki mangsa dibunuh selepas dirogol.

Identiti mangsa diketahui daripada kad pengenalan dan beg yang ditemukan kira-kira lima meter dari mayatnya.

Selain itu, polis turut menemui sebilah pisau tanpa pemegang di tempat kejadian.



Hasil siasatan mendapati, wanita itu dipercayai dirogol dan dibunuh oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi dalam talian.

Suspek berusia 23 tahun juga berasal dari Bandung Barat, manakala wanita itu dipercayai mencari pelanggan menerusi satu aplikasi dengan menggunakan akaun ‘pink gemoy’.

Ketua Polis Daerah Cimahi, Aldi Supartono berkata, pada 10 malam Isnin lalu, wanita itu berjumpa dengan suspek, namun dia enggan melayan nafsu lelaki itu menyebabkan dia dirogol.

“Apabila mangsa dibawa ke reban ayam, suspek terus memaksanya untuk melakukan hubungan seks. Mangsa menolak kerana takut kerana diugut,” katanya.



Beliau berkata, suspek memukul mangsa yang terus melawan sehingga wanita itu terjatuh ke dalam semak.

Katanya, wanita itu terus melawan menyebabkan suspek menikam belakang di sebelah kiri leher mangsa dengan menggunakan pisau.

“Dalam keadaan sudah luka dan tidak berdaya, suspek merogol mangsa. Selepas merogol, dia menikam wanita itu sebanyak tiga kali lagi bagi memastikan mangsa meninggal dunia,” katanya.

Susulan kejadian, suspek ditangkap dan kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa. HM



Wanita dirogol, dibunuh di reban ayam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia



Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker