Makan Rasuah! Bekas pegawai tinggi DBKL dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh atas dua tuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.

Hakim K Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 15 Sept 2022 yang membebaskan Sabudin, 62, daripada kedua-dua pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Bernama melaporkan, Sabudin dipenjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dengan hukuman berjalan serentak mulai hari ini



Sabudin juga didenda RM1 juta bagi kedua-dua pertuduhan, atau penjara empat tahun jika gagal melunaskannya.

Bagaimanapun, Muniandy membenarkan permohonan peguam bela K Theivaendran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya sementara menunggu rayuan akhir di Mahkamah Rayuan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon mahkamah mengenakan tempoh hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda RM1 juta dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain sifat kesalahan yang serius.

Bagaimanapun, seorang lagi peguam Sabudin, Y Sheelan Samuagam memohon anak guamnya dipenjara sehari kerana menghidap osteoartritis di kedua-dua lutut dan pernah menjalani beberapa pembedahan besar.



“Anak guam saya tidak dapat berdiri atau berjalan dengan baik selain memerlukan bantuan kerusi roda. Selepas kaki kirinya menjalani pembedahan pada Januari tahun ini, keadaannya tidak stabil. Oleh itu, dia perlu kerap mendapatkan rawatan susulan di hospital,” katanya.

Pada 18 Dis 2020, Mahkamah Sesyen membebaskan Sabudin daripada kedua-dua pertuduhan di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Sabudin diperintah membela diri atas kedua-dua pertuduhan selepas Mahkamah Tinggi pada 24 Mac 2022 membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sabudin yang ketika itu Timbalan Pengarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL didakwa memperoleh suapan wang tunai itu daripada Wong May Kuan.



Wong ialah subkontraktor Dusari Niaga yang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2018/2020 dan suapan itu adalah sebagai upah mengeluarkan permit kerja kepada syarikat berkenaan.

Sabudin didakwa melakukan kesalahan itu di kedai serbaneka sebuah stesen minyak, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bukit Antarabangsa di sini serta di hadapan kediamannya di Ukay Perdana, Ampang pada 9 Jun 2018 dan 17 Jan 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dan dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker