Wanita roboh rumah elak bekas suami pindah masuk bersama isteri baharu

Wanita roboh rumah elak bekas suami pindah masuk bersama isteri baharu

JAKARTA – Seorang isteri di Desa Gedungbanteng, Ponorogo, dalam wilayah Jawa Timur nekad merobohkan rumah miliknya bersama suami selepas dia diceraikan asbab orang ketiga, lapor laman Berita Jatim semalam.

Darmi,40, mengaku sengaja merobohkan rumah yang dibina pada 2010 itu dengan jentolak kerana berang diceraikan.



“Tanah ini milik orang tua Purwanto,35, iaitu bekas suami saya tetapi rumah ini kami bina bersama-sama.

“Sekarang dia sudah ada wanita lain, saya tidak akan benarkan bekas suami dan kekasihnya tinggal di rumah ini. Biar sama-sama tidak memiliki rumah ini, barulah adil,” jelas Darmi.

Saat ditanya sama ada dia berasa menyesal merobohkan rumah yang boleh diwarisi oleh anak-anak, Darmi pantas menafikannya.

“Saya bina rumah bukan untuk anak-anak tetapi untuk hidup bersama suami hingga ke hari tua. Ternyata, kami berpisah jadi jalan paling senang, robohkan sahaja.



“Saya juga mendermakan semua barang-barang dalam rumah buat mereka yang berminat. Saya tidak mahu wang atau apa pun, cukup rumah ini sudah dirobohkan,” ujarnya. K Online

Wanita roboh rumah elak bekas suami pindah masuk bersama isteri baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker