Kami sebulat suara pilih Ismail sebagai PM, Wan Saiful buat tuduhan tidak berasas

Kami sebulat suara pilih Ismail sebagai PM, Wan Saiful buat tuduhan tidak berasas

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan membidas rakan sejawatannya dari Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, kerana memburukkan parti itu, terutama berkaitan sokongan terhadap Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Shahril dalam catatan di Facebook meminta Ketua Penerangan Bersatu itu, menyemak semula fakta mengenai dakwaan beliau bahawa bukan Umno yang mencalonkan Ismail untuk jawatan tersebut.



“Umno dan BN (Barisan Nasional) memutuskan untuk mencalonkan Ismail sebagai calon tunggal mereka untuk jawatan tertinggi dalam mesyuarat pada 17 Ogos, tahun lalu.

“Tuduhan beliau ‘Umno silap-silap dia nak Zahid Hamidi’ tidak berasas. Beliau mungkin kurang faham dengan semangat parti yang bermusyawarah sebelum membuat keputusan,” katanya.

Tambah beliau, tidak pernah sesekali Presiden Umno menuntut dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan inilah realitinya ketika kerajaan Pakatan Harapan runtuh dan ketika Perdana Menteri bertukar.

“Pada 16 Ogos 2021, Presiden Umno telah mengeluarkan kenyataan beliau tidak pernah terlintas untuk menamakan diri sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara.



“Ini jelas sekali lagi bahawa Umno memilih (Ismail) sebagai calon (perdana menteri) selepas mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara,” katanya.

Mengenai dakwaan Wan Saiful dengan istilah ‘kluster mahkamah’ yang mendesak supaya pilihan raya negeri (PRN) diadakan, Sharil menegaskan, pemimpin Bersatu pernah mengancam untuk menjatuhkan parti itu ketika kempen PRN Melaka.

“Presiden Bersatu (Muhyiddin), pernah mengugut mahu menekan butang dan boleh menyebabkan kerajaan Johor tumbang. Ketidakstabilan politik berpunca daripada Bersatu di Johor, bukannya ‘kluster mahkamah’ yang mencetuskan PRN.

Semalam, FMT melaporkan kenyataan Wan Saiful dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) di Muar, bahawa sokongan partinya terhadap Ismail adalah bersyarat, dan mengingatkan Perdana Menteri bahawa Bersatu yang mencalonkannya untuk jawatan terbabit, selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan.



Kami sebulat suara pilih Ismail sebagai PM, Wan Saiful buat tuduhan tidak berasas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang



Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker