1,243 penolong pegawai perubatan tamat kontrak semalam, disambung khidmat

1,243 penolong pegawai perubatan tamat kontrak semalam, disambung khidmat

Kementerian Kesihatan melanjutkan perkhidmatan penolong pegawai perubatan selepas tempoh kontrak mereka tamat, bermula semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Shafiq Abdullah, berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bersetuju pada penghujung bulan lalu untuk meluluskan pelantikan semula kontrak seramai 1,243 penolong pegawai perubatan Gred U29.

Katanya dalam kenyataan, kumpulan lantikan itu dalam kalangan graduan Institut Latihan KKM yang tamat kontrak, pada 2 Feb.

Katanya, pemakluman berhubung pelanjutan kontrak berkenaan sudah dimaklumkan kepada Ketua Jabatan.

Shafiq berkata, tawaran pelanjutan kontrak bagi kohort lain yang tamat kontrak pada 2022 akan dibuat secara berfasa sebaik perakuan KKM diluluskan oleh agensi pusat dan SPA. FMT

1,243 penolong pegawai perubatan tamat kontrak semalam, disambung khidmat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker