Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap ‘husnuzon’ (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).
Beliau berkata pihaknya perlu sentiasa bersangka baik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik, namun pada masa ini pihaknya hanya mahu memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.
“Dalam pakatan besar ini, terdapat 20 parti politik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak… Yang penting kukuhkan ini dahulu.
“Soal MN bergantung kepada siapa yang akan memimpin parti, yang ambil jalan untuk ‘mufarakah’ (keluar), tapi mungkin jika ada pertukaran pemimpin, hala tuju akan berubah,” katanya selepas Sesi Pengenalan Calon Pemilihan Umno Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Nerus, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini MN yang dibentuk pada 2019 melibatkan kerjasama atara Umno dan PAS.
Ditanya adakah MN telah berkubur, beliau berkata: “Ia masih di air tapi sama ada masih timbul atau tenggelam bergantung kepada kekuatan kakinya yang telah patah. Dulu patah sebelah, sekarang patah satu lagi,” katanya.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata pada masa ini pihaknya akan terus mengambil pendekatan berfikiran secara progresif demi kepentingan ummah. Mk
Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.