Anak Tajuddin Rahman berjaya tumbangkan Ketua Wanita UMNO Perak

IPOH – Anak bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak yang baharu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin sempena pemilihan UMNO bahagian itu pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sri Rahayu turut berjaya memenangi jawatan Exco Wanita UMNO pusat apabila mendapat undi ketiga tertinggi dengan 320 undi

Bagaimana pun Wan Norashikin yang merupakan Ketua Wanita UMNO Perak turut gagal mengekalkan jawatan Exco Wanita UMNO pusat apabila berada di tempat ke-49.



Bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Noraini Bahari memenangi pemilihan kali ini sekalu gus menewaskan Suhaili Suib.

Keputusan itu turut menyaksikan pasukan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun tewas namun berbeza dengan keputusan pemilihan bagi Pemuda dan Puteri UMNO bahagian.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian pula disandang muka baharu iaitu Mohd Yafiz Mustafa manakala Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian dimenangi Mohd Farid Mohd Hayati.

Mohd Yafiz (kiri) dan Mohd Farid memenangi jawatan ketua dan naib ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak menerusi pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Mohd Yafiz (kiri) dan Mohd Farid memenangi jawatan ketua dan naib ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak menerusi pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.

 



Puteri UMNO bahagian juga menyaksikan penampilan muka baharu apabila Azuwa Sulaiman memenangi jawatan ketua manakala naib ketua disandang oleh Saila Mohd Saleh.

Pemimpin yang dipilih bagi sayap pemuda dan puteri itu merupakan sebahagian daripada pasukan diumum Khairul Azwan sebelum ini sempena pemilihan UMNO.

 

Azuwa (kiri) dan Saila memenangi jawatan ketua dan naib ketua Puteri UMNO bahagian Pasir Salak menerusi pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Azuwa (kiri) dan Saila memenangi jawatan ketua dan naib ketua Puteri UMNO bahagian Pasir Salak menerusi pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.

 



Pada 28 Februari lalu, Khairul Azwan yang akan bertanding Ketua UMNO bahagian itu mengumumkan pasukannya terdiri daripada calon timbalan ketua UMNO bahagian sehinggalah calon naib ketua Puteri UMNO bahagian.

Bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan ditentang Dr Faizal Tajuddin yang merupakan anak sulung Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker