Asyraf dilantik pengerusi Mara

Asyraf dilantik pengerusi Mara

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bekas ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) baharu berkuat kuasa Jumaat lepas.

Ahmad Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata surat watikah pelantikan jawatan itu diserahkan kepada Asyraf Wajdi di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Putrajaya.



“Asyraf Wajdi telah dilantik, ia bukan desas-desus lagi, saya telah watikahkannya (surat pelantikan) pada Jumaat yang lepas.

“Sebab itu bukan berita politik maka ia adalah sahih dan pelantikannya dibuat di KKDW kerana Mara adalah agensi di bawah KKDW,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Ibu Pejabat Kejora, Bandar Penawar.

Turut hadir Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan negeri Azmi Rohani.

Asyraf Wajdi, 47, yang juga sekretariat kerajaan perpaduan sebelum ini pernah memegang jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuat kuasa 29 Julai 2015 hingga 10 Mei 2018.



Sebelum ini, jawatan pengerusi Mara disandang Azizah Muhd Dun sejak 1 Mei 2020 dan beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Beaufort.

Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar yang mendakwa Asyraf Wajdi dilantik sebagai pengerusi Mara baharu. FMT

Asyraf dilantik pengerusi Mara

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker