Saya pun ada banyak fail pemimpin kerajaan – Hamzah

Saya pun ada banyak fail pemimpin kerajaan – Hamzah

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin membayangkan dia ada fail berkaitan pemimpin parti dalam kerajaan memandangkan dia pernah menjadi menteri dalam negeri.

Hamzah mendedahkan perkara itu ketika mengulas berkenaan apa yang didakwa sebagai pendakwaan politik terhadap pembangkang.



“Jangan cari salah saja. Saya boleh cari salah mereka.

“Saya pernah jadi menteri dalam negeri. Saya rasa saya ada banyak fail berkenaan mereka juga, (terpulang) sama ada saya nak gunakannya atau tidak,” katanya dalam wawancara bersama The Star.

Katanya, jika gangguan terhadap pembangkang bertujuan untuk melenturkan semangat mereka, ia tidak akan berjaya.

“Sebagai ahli politik, kita tidak pernah jadi kecewa, dan malah semangat yang kita dapat selepas ditekan, diganggu seperti ini, kita semakin kuat,” katanya lagi.



Pada Jumaat lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin didakwa atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan RM232.5 juta, yang didakwa diperolehi daripada tiga syarikat dan seorang individu ketika dia menjadi perdana menteri.

Muhyiddin juga dijangka akan dihadapkan dengan sejumlah pertuduhan lagi esok. Mk

Saya pun ada banyak fail pemimpin kerajaan – Hamzah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker